Sukan Sumpit Borneo, Kuching-Sarawak
Pada September 2015, sukan menyumpit mendapat sorotan utama di Sarawak melalui penganjuran Karnival Sukan Sumpit yang diadakan di Le Park, Dewan Suarah Kuching.
Penganjur adalah Kementrian Pembangunan Sosial (KPS) Sarawak bekerja sama dengan Sarawak Dayak National Union (SDNU). Kegiatan ini bertujuan untuk mempromosikan permainan menyumpit sebagai sukan yang berprestij dan diiktiraf.
Aktiviti ini bermatlamat untuk mengangkat dan memelihara warisan kaum pribumi di kepulauan Borneo, di mana sumpit merupakan senjata tradisi kaum Dayak yang dahulunya digunakan untuk memburu dan berperang.
Hadir sebagai peserta dalam kegiatan menyumpit tersebut adalah utusan mayarakat dayak kalimantan barat dibawah pimpinan Setia Usaha Agung Borneo Dayak Forum(BDF) dengan membawa 18 orang penyumpit.