DSP. DR. Jeffrey Gapari Geoffrey Kitingan (DDJK)
Dilahirkan pada 22 Oktober 1948 di daerah Kota Marudu,
Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia); Jeffrey merupakan anak kepada pasangan
Datuk Francis Xavier Kitingan Sabanau (1895–1996), seorang pegawai polis
bersara dan isteri keduanya, Datin Lucia Laimah Imbayan (24 Februari 1913–11
Mac 2011), kedua-duanya berasal dari daerah Tambunan di sebelah pedalaman
negeri Sabah. Beliau juga merupakan anak kesepuluh dari 20 orang adik-beradik.
Ayahnya, Datuk Francis Xavier Kitingan Sobunau dilahirkan di
Kampung Karanaan, Tambunan, Borneo Utara pada 1895, anak ketiga kepada Konsuoi
dan Sobunau.[ Manakala ibunya, Datin Lucia Laimah Imbayan dilahirkan pada 24
Febuari 1913 di Keningau tetapi berasal dari Kampung Nambayan, Tambunan. Kedua-dua
mendiang ibu bapa beliau ialah berbangsa Dusun serta anak jati daerah Tambunan
dari kampung yang berlainan.
Antara saudara-saudara kandung beliau ialah empat orang
abang sebapanya mengikut urutan umur iaitu Tan Sri Joseph Pairin (lahir 17 Ogos
1940), Petrus Paimil (22 April 1942–24 Mei 2013), OKK Philip Pilim (lahir 29
Mei 1944) serta David Lini (lahir 24 Mei 1946), dan selepas kelahiran beliau
pada tahun 1948, urutan itu diikuti oleh adik-adiknya yang lain iaitu Justin
Joparin (lahir 1950), Dionysia Duin (lahir 1952), Jovinia (Januari 1954–1968),
Laurentius Lejius (lahir Disember 1954), Wina (lahir 1956), Crispin (lahir
1958), Datuk Joanna (lahir 1960) yang juga seorang ahli jawatankuasa kanan
pertandingan Unduk Ngadau, Juliana (lahir 1962), Francis Sales, Jr. (lahir
1964) dan Victor Nelson (lahir 1966), tetapi beliau juga mempunyai adik beradik
sebapa yang lain (melalui perkahwinan pertama bapanya dengan mendiang Datin
Sodiom Rampan) seperti Charles Abbie (1925–2015), Suzana Ahag (1927–2019); yang
juga kakak angkat tunggal beliau, Lotuin (lahir 1930) dan Hilda Sainam
(1935–2017) serta seorang kakak atau abang sebapa yang lahir mati pada tahun
1937, iaitu anak terakhir kepada mendiang Datin Sodiom, isteri pertama mendiang
Datuk Kitingan. Keluarga Kitingan juga mempunyai pertalian dengan dua keluarga
besar dan ternama di Tambunan iaitu keluarga Ongkili (tetapi keluarga Ongkili
juga mempunyai darah pertalian dengan keluarga Kinsik, salah satu sebuah
keluarga besar dan ternama daerah itu melalui sebelah bapa, iaitu melalui
keluarga Indoh dan keluarga Sundiman, manakala pertalian mereka dengan keluarga
Kitingan ialah melalui ibu kepada mendiang Datuk James Ongkili serta Datuk Dr.
Maximus Johnity Ongkili iaitu mendiang Battindoi Kondilab Komboon, yang juga
merupakan sepupu pangkat pertama kepada adik-beradik Kitingan) dan juga
keluarga Imbayan (melalui keluarga Imbayan juga mereka mempunyai pertalian
darah dengan keluarga Gohol, Kinsik dan Otigil, iaitu beberapa buah keluarga
besar dan ternama di daerah Tambunan).
Beliau juga merupakan seorang saudara yang mesra dan baik
serta sangat rapat terhadap adik-beradiknya (tidak kira yang seibu sebapa
mahupun yang sebapa lain ibu). Dari cara bersosial dan pergaulan beliau adalah
amat mudah bagi menjalinkan hubungan dan senang untuk berurusan dengannya.
Beliau mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap orang ramai, disayangi oleh
ramai penyokongnya kerana kemurahan hatinya dan nasihat serta input yang tidak
ternilai dalam banyak urusan mereka. Dr Jeffrey telah berkahwin dengan Datin
Susan dan mempunyai 5 orang anak (tetapi kini berpisah dan berkahwin semula
dengan Datin Cecilia Edwin, seorang anak jati daerah Tambunan yang berasal dari
Kampung Monsok) dan mempunyai 2 orang anak daripada perkahwinannya yang
terkini.